Temui 5 Ketakjuban Twizel Di South Island New Zealand

Temui 5 Ketakjuban Twizel Di South Island New Zealand

Heyy korang,masih mencari port yang best ketika bercuti di New Zealand ke? Dah baca belum post-post admin sebelum ni? Bagi yang dah baca tu,Bagus!bagi yang belum,kalau korang tak ada idea tempat mana best tapi teringin untuk bercuti di New Zealand,boleh tengok post-post NZ Malaya di Facebook dan Instagram yang sebelum ni. Jadi untuk posting kali ni admin akan ceritakan pulak pasal satu location,yang mana view dia stunning giler,iaitu Twizel. Admin akan suggest few tempat yang korang patut pergi bila datang datang bercuti di New Zealand.

 

Lavender Farm

Bercuti Di New Zealand-Lavender

Kalau sebelum ni admin ada post kebun yang warna sama dengan lavender,tapi bukan lavender. So jangan confuse tau.Korang wajib masukkan tempat ni sebagai travel list korang bila bercuti di New Zealand. Ini di highlight oleh Tourism New Zealand website sendiri sebagai tempat yang mesti dilawati bila bercuti di New Zealand. Korang akan nampak padang yang penuh dengan warna ungu kat sini huhu. Dan kat sini adalah tempat paling besar lavender farm di Southern Hemisphere.

 

Lake Pukaki

Admin akan duduk lepak, spent masa kat sini melihat keindahan tuhan kat sini.Memang best giler. Korang datang sini,rasa sendiri keindahan alam ni.Even kalau korang tangkap gambar,tak selawa korang tengok dengan mata sendiri.Bukti kebesaran dan kecantikan ciptaan Tuhan melebihi segalanya. Fuhh,anyway jangan lupa singgah sini kalau bercuti di New Zealand.

 

Lake Ruataniwha

Lake yang ada di Twizel selain Pukaki. Kat sini korang boleh sightseeing,bergambar dan menghirup udara segar. Korang boleh juga buat aktiviti berkayak jika korang ada masa lapang ketika bercuti. Untuk Lake Ruataniwha dengan Lake Pukaki, spend la half day kalau korang banyak masa terluang.

 

Twizel River

Kalau Twizek salah satu tempat yang korang singgah bila bercuti di New Zealand, datanglah ke Twizel river. Korang boleh naik basikal dan ronda sekitar sungai ni,sungai ni cetek dan bukan macam aktiviti panjat gunung tu so semua peringkat umur sesuai lakukan aktiviti ni. Cuma korang kena identify road yang korang ambil, ada level dia dari senang hingga ke level expert.Boleh sewa basikal di pekan Twizel,mengambil masa 30 ke 40 minit dari Twizel.

 

Set Penggambaran Lord of the Ring

Jadi,sepanjang perjalanan korang bercuti di New Zealand ada je lokasi shooting LOTR ni. Twizel salah satu spot LOTR. Korang boleh singgah untuk bergambar atau pergi tour yang diorang buat. Diorang akan ceritakan pasal sejarah,visual effect,location shot scene dan banyak lagi info menarik yang memang best untuk fans LOTR.

 

So,yang ni few things yang admin suggest kat korang. Banyak je lagi tempat dan aktiviti yang boleh buat kalau bercuti di New Zealand ni,Cuma apa yang admin cadangkan ni tempat yang most visited place by tourist. Korang yang masih blurr-blurr,jangan risau,contact sahaja NZ Malaya dan kita akan uruskan segalanya.Dah tak perlu pening-pening.