Tips Beli Tiket Flight Like A Boss

Tips Beli Tiket Flight Like A Boss

Pernah tak anda ternampak member anda yang setiap kali weekend atau sebulan sekali mesti keluar travel. Kadang-kadang tak lama pun, 2 – 3 hari dah balik. Eh, banyak pula duit setiap bulan travel. Mesti ada tips beli tiket flight yang dia tahu. Setiap bulan mesti travel naik Air Asia (AA) sama ada pergi Krabi, Phuket, Medan, Ho Chi Minh, Langkawi, Jakarta, Surabaya dan sebagainya (Apa lagi destinasi famous Malaysian yer?). Kalau budget besar, mungkin naik AAx sampai ke  Kathmandhu, Tokyo, Seoul, Melbourne dan Auckland Tetapi tahukan anda kenapa mereka (traveler tegar) memilih untuk travel di destinasi AA. Antara nya kos accommodation yang lebih murah atau sama dengan Malaysia dan paling penting, tiket flight ke sana yang teramat murah. Percaya tak tiket flight KL – Langkawi lagi murah dari tiket bas atau tiket KL – Ho Chi Minh hanya serendah RM36 sehala. So, kali ni min akan bongkarkan tips beli tiket flight ini kepada anda.

 

The trick, anda perlu alert bila AA buat promo dan promo apa. Hanya 2 promo ini sahaja yang anda perlu tau, FREE SEAT dan FINAL CALL. Dan kali ini, kita akan focus promo FINAL CALL. Apa, bila dan untuk siapa?

 

  1. FINAL CALL hanya boleh dibeli 1 – 2 bulan sebelum tarikh travel.
  2. Booking period adalah setiap minggu akhir bulan (AAx) dan minggu pertama bulan (AA).
  3. Tempoh booking hanya 2 minggu (AAx) dan 1 minggu (AA).
  4. Anda mestilah menjadi member AA Big.
  5. Hanya boleh di beli di app AA Big Loyalty dan perlukan minimum redeem 500 points.
  6. Untuk traveler yang ada flexibility date dan bukan nya group traveler yang terlalu ramai (lebih 8 orang).

 

Kenapa FINAL CALL murah? Analogi nya, penjual makanan di bazar Ramadhan yang ingin habiskan jualan dengan merendah kan harga atau diskaun kerana khuatir waktu berbuka akan masuk tak lama lagi. So, kita sebagai traveler perlulah bijak menggunakan advantage ini agar dapat travel secara budget.

 

Bagaimana kalau tak ada point, tak boleh ke saya beli tiket ni? Tak boleh. Tetapi, sebalik nya anda boleh mencari seller yang menjual tiket ini. Basically, mereka akan guna point yang ada dan redeem untuk belikan tiket anda at certain profit. Pastikan trusted baru beli. Cek profile mereka dahulu sebelum beli. RISIKO sendiri.

 

Eh, mahal la macam tu? Tidak bahkan masih lagi amat murah berbanding tiket yang anda beli di website AA dalam tempoh 1 – 2 bulan sebelum tarikh travel. Diingatkan, 500 points itu bukan senang untuk dikumpul.  Kalau tak percaya, cuba anda kumpul 1000 points untuk redeem tiket return. Last, bawah ini adalah contoh promo FINAL CALL AA dan AAx untuk tarikh yang sama dan waktu booking yang sama.

 

Tarikh: 10 Julai – 20 Julai 2018

Destinasi: KL – Auckland, NZ (return)

Harga: Website = RM1804, FINAL CALL = 1000 points + RM1165

 

Tarikh: 24 Jun – 27 June 2018

Destinasi: KL – Langkawi (return)

Harga: Website = RM152, FINAL CALL = 1000 points + RM27

 

Tarikh: 22 June – 25 June 2018

Destinasi: KL – Krabi (return)

Harga: Website = RM239, FINAL CALL = 1000 points + RM90

 

Tips beli tiket flight macam ni memang sangat berguna terutamanya buat anda yang gemar travel tapi pada masa yang sama taknak duit keluar macam air. Kepada sesiapa yang nak dapatkan lagi tips bercuti ke New Zealand, boleh stalk Facebook page kami ya. Selamat Bercuti!