Pengembaraan Memburu Lupins Di New Zealand

Pengembaraan Memburu Lupins Di New Zealand

Artikel kali ni membuatkan admin bersemangat lebih untuk berbicara berbanding post-post sebelumnya. Bukan apa kali ni admin nak korang baca dan bayangkan sendiri umpama korang kat sini dah. Kenapa admin cakap macam tu?Sebab kali ni admin nak cerita pasal Summer di New Zealand atau musim panas di New Zealand. Bersuhu 21 hingga 25 pada bulan Disember hingga Februari, korang tak perlu risau pasal panas. Sebabnya panas di New Zealand tak seterik Malaysia dan cuaca di New Zealand agak windy. So jangan risau okayy? Korang teringin tak pakej percutian ke New Zealand korang masa musim panas ? So jom baca artikel admin kali ini.

 

  1. Tips-tips Summer di New Zealand    

Masa Summer, cuaca tak sekuat Winter kalau korang ada baca post sebelum ini, jadi jangan risau sangat tentang keadaan di sana. Admin pergi ke sana santai-santai sahaja waktu-waktu begini.Namun begitu,admin akan share kat korang info-info berguna sewaktu korang kat sana.

2.Pakaian

Okay pakaian masa musim panas tak heavy macam musim sejuk jadi korang boleh je pakai baju biasa yang korang bawak masa travel.Admin cadangkan korang pakai pakaian lebih kepada aktiviti air kerana pada musim panas, banyak aktiviti melibatkan air dilakukan. Haaa pi cepat-cepat beli swimming suit.

3.Scenery

Waktu macam ni is the best kalau korang nak bergambar. Pasal cuaca korang tak perlu risau pun sebab masa ni hujan akan berkurangan dan suasana windy membuatkan lagi pose korang nampak lawa. Cuba usha pose-pose menarik 2019 di Internet. Boleh korang tiru yee tak?

4.Kedai makan

Jarang admin ceritakan pasal tempat makan. Jadi dalam post ini admin akan ceritakan tempat makan halal. Korang boleh sahaja google dan korang akan jumpa satu kedai burger bernama Burgerfuel dan jangan risau kat sini korang boleh makan burger fast food. Dan KFC yang halal hanya located di Queenstown, jangan main masuk je.

Untuk brand pulak korang boleh cari brand Tegel, Turks atau Brinks bagi sesiapa yang nak masak. Selain itu, most of kedai makan asia boleh juga korang makan. Cuma pastikan ada logo halal okay??

 

  1. Water aktiviti di New Zealand

Pada musim ni,aktiviti yang admin galakkan adalah aktiviti-aktiviti air.Haaa ini kerana mostly tempat yang sejuk berkurang jadi air takkan rasa sejuk sangat.So salah satu aktiviti yang boleh korang buat adalah Jet Boating.Aktiviti ni memerlukan korang untuk naik bot berkuasa laju dan akan bergerak melalui liku-liku sungai.Jangan tertanggal topi korang pulak.

Selain itu,korang boleh buat parasailing di sana.Apa tu parasailing?Naik payung terjun berserta tali yang akan disambung dengan bot,dan korang akan di tarik oleh bot tersebut di atas permukaan air.Sapa yang gayat tu admin tak suggest huhu

Korang boleh juga cuba paddle boarding di mana-mana tempat sebanyak 144 tempat di New Zealand.Boleh buat aktiviti-aktiviti santai sambil tengok view laut yang sangat-sangat lawa.Senang cerita mai sini buat sendiri

 

  1. Tempat-tempat yang wajib dilawati di New Zealand

Bay of Islands

 

Hanya 3 jam dari Auckland, salah satu hotspot untuk sesiapa yang nak pergi New Zealand waktu musim panas. Dengan 140 pantai yang korang boleh explore, macam-macam aktiviti menarik korang boleh buat kat sana. Sehari tak cukup kan?? Hahaha

 

Coromandel Bay

Kalau korang nak tahu,kat sini scene shooting filem Narnia tau.Haaa selain Lords of the Rings,Narnia juga membuat penggambaran filem di sini.Korang kena hiking lebih kurang 30 minit sahaja dari tempat parking untuk sampai.Dan hiking nip on tak perlu peralatan khas.Kasut sukan pon boleh.Datang tau ke sini.

 

Queenstown

Mai datang ke sini. Wajib! Kat sini macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Banyak aktiviti dari air hingga ke naik Gondola boleh buat kat sini. Korang pilih sendiri. Ada yang berbayar ada yang free. Admin suggest naiklah Queenstown Skyline.

Selain tu, ambil masa jalan-jalan sekitar Queenstown. Lawa pekan yang admin cakap ni. Lain dari bandar-bandar yang ada di New Zealand. Alang-alang mai kat sini jangan lupa makan KFC halal kat sini, the one and only KFC yang halal in New Zealand.

Sekian sahaja dari admin. Banyak lagi aktiviti yang boleh korang buat masa musim panas. Kalau korang perlukan pakej percutian ke New Zealand atau guide atau cadangan atau mahu sahaja Hotel-hotel MURAH dan mendapat HARGA yang berpatutan, boleh sahaja contact kami NZMalaya.