Ada Apa Dengan Palmy? Bandar Ketujuh Terbesar Di Aoteroa.

Ada Apa Dengan Palmy? Bandar Ketujuh Terbesar Di Aoteroa.

Sebelum admin meneruskan perkongsian tentang New Zealand..korang dah baca ke artikel yang admin share minggu lepas…sebab banyak tau tempat-tempat yang memang patut ada dalam itinerary korang..Dan minggu ni admin akan sambung dengan tempat-tempat menarik di New Zealand. Bila cerita tentang pakej bercuti di New Zealand untuk North Island, mesti mostly akan suggest pergi ke Hamilton atau Rotorua sahaja. Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, ada satu tempat hidden gem yang ramai orang tak aware adalah Palmerston North ataupun lebih dikenali sebagai Palmy. Bukan sahaja dalam kalangan malaysian tetapi locals juga ada yang menyebut palmerston north sebagai palmy. Serius walaupun tempat ni underrated, tapi admin yakin korang takkan menyesal kalau pergi sini. Jom admin ceritakan apa yang best kat sini yang orang tak tahu. 

 

1.New Zealand Rugby Museum

Bila sebut je pakej bercuti di New Zealand, sukan rugby mesti terlintas di fikiran korang. Mana taknya, team rugby New Zealand memang dari dulu lagi mendominasi sukan ini. Bagi peminat rugby umumnya dan peminat All Blacks khasnya, tempat ni patut masuk dalam wishlist korang.Wajib tau! Kat sini dorang akan explain segalanya pasal rugby New Zealand dari awal penubuhan sampailah sekarang.Kalau korang nak tahu, All Blacks pernah menang Rugby World Cup 2 kali berturut turut iaitu 2011 dan 2015.haaa boleh tak dorang menang 3 kali berturut turut pada tahun ni?? sama-sama kita tengok huhuhu

 

2. Wind Farm

Pakej Bercuti di New Zealand : Self-Drive NZ MALAYA

Haaa…kalau anda mengambil pakej bercuti di New Zealand tapi tak dapat tengok benda rare macam ni, memang rugilah sebab bukan senang nak tengok wind farm sebab benda ni hanya terdapat di 83 negara sahaja dan tidak semua negara ini sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian tau.  Jadi kalau dah alang-alang mengambil pakej percutian ke New Zealand, korang boleh pergi kat Wind Farm dorang. Bagi orang Malaysia mungkin adalah pertama kali korang dapat tengok wind farm secara live jadi pengalaman berharga ini tak dapat kat tempat lain. Ada banyak wind farm kat sini so admin suggest pergi ke Te Apiti Wind Farm sebab korang boleh pergi dekat untuk berada betul-betul kat bawah wind turbine ni untuk aktiviti bergambar.Fun fact Te Apiti farm,ini the first wind farm dibina di New Zealand tahun 2003.

 

3. The Square

Dalam mana-mana pakej bercuti di New Zealand, kalau taman seperti The Square ni tiada dalam itinerary korang..maybe korang ke check balik dengan itinerary korang dan di sini admin suggest, if korang jenis suka sightseeing dan nature tapi tak nak penat,boleh lah masukkan dalam itinerary dan datang ke sini untuk melihat sendiri landskap taman yang bertemakan taman di dalam bandar di New Zealand. Korang akan lihat bunga warna warni mengikut musim di sini. Di sini juga terdapat i-site, iaitu information centre untuk tourist, dan juga menjual souvenir-souvenir khas untuk palmerston north.  Admin sampai tak nak balik,rasa nak duduk sini je huhuhu.

 

4. Manawatu River

Sekiranya dalam pakej bercuti di New Zealand korang ada terdapat palmy sebagai salah satu destinasi korang dan inginkan pengalaman bercuti di New Zealand yang lain dari yang lain, korang bolehlah try hiking kat sini. Tapi aktiviti ni at least kena ambil masa sekurang-kurangnya sehari tau sebab panjang trek lebih kurang 10km tetapi mungkin korang takkan rasa sangat 10 km ni sebab perjalanan dia bersebelahan dengan sungai Manawatu River. Jadi sepanjang perjalanan korang takkan rasa bosan sebab view dia memang lawa giler.

 

So, admin nak suggestkan kat sini pakej bercuti di New Zealand dari NZ MALAYA yang sesuai  untuk membawa korang ke Palmerston North iaitu Pakej Self-Drive, kerana pakej ini sangat murah dan berbaloi serta sangat fleksibel, membolehkan korang merancang sendiri itinerari korang ketika bercuti di New Zealand. Selain itu, Pakej Private dari kami juga boleh membawa korang ke Palmerston North kerana pakej ini juga membolehkan korang untuk customise itinerary korang untuk sesuaikan dengan kehendak dan harapan anda di New Zealand. Kalau nak tahu lebih banyak tentang pakej bercuti di New Zealand, korang boleh pergi tengok kat Instagram dan Facebook kami, kerana kat situ lebih banyak tips-tips bercuti di New Zealand yang korang patut tahu sebelum merancang itinerari impian New Zealand korang. Artikel-artikel kami di website juga banyak membantu orang-orang yang nak datang ke New Zealand atau kalau korang perlukan khidmat travel guide,boleh sahaja rujuk pada kami NZ Malaya okay?