Nak rasa pengalaman memandu ketika bercuti di New Zealand? Ini caranya!

Nak rasa pengalaman memandu ketika bercuti di New Zealand? Ini caranya!

Nak rasa pengalaman drive sendiri di negara orang? Mestilah nak! Dah beli tiket flight mahal takkan lah tak nak rasa memandu sendiri di tempat orang. Duit ada, cuti ada, member ada, onzzz aje laa.  Selain pakej berkumpulan, Nzmalaya ada menawarkan pakej self drive buat anda yang tercari-cari pakej percutian New Zealand tapi nak travel dengan memandu sendiri di sini.

Yang bestnya pakej ni, kami boleh uruskan semuanya yang anda request. Anda tinggal travel sendiri dengan kenderaan berpandukan itinerari yang kami sediakan. Tapi kalau anda nak ubah itinerari tu ikut kehendak sendiri pun takda masalah. Ini kan trip anda, kami hanya bagi suggestion selaku local expert yang dah tinggal di New Zealand bertahun-tahun.  

Tak perlu risau nak travel kat sini takda yang consult, kami sedia membantu walaupun anda travel tanpa tour guide sebabnya kami ada team yang based di sana. Jadi tak perlu risau nak call atau whatsapp bila-bila dengan kami.

Bila sampai sahaja di Auckland Airport, pastikan anda declare barang makanan dan ubat-ubatan yang dibawa. Setiap orang akan diberikan borang declare sebelum sampai ke Auckland Airport. Kalau anda tak declare, dan terkantoi, anda akan dikenakan saman on the spot 400NZD tanpa rasa belas kasihan oleh kastam New Zealand.

Pastikan juga semua makanan yang dibawa ialah makanan yang berada dalam packaging yang proper. Yang ada list ingredient dan masih lagi belum dibuka. Senang ke lepas kastam? Haa, bergantung kepada rezeki dan  budi bicara pegawai yang memeriksa. Tapi, disini biasanya dah makan masa selama 1-2 jam.

Kat Auckland Airport ni pun boleh beli simkad untuk internet. Ada macam-macam jenis pakej lain yang korang boleh beli ,ada pakej call, idd ,msg dan internet. Kalau anda jenis yang sentiasa buka media sosial seperti Facebook dan Instagram, kami sarankan anda beli 4GB sahaja jIka anda travel dalam 2 minggu.

Kalau nak beli terus 10GB dan share hotspot pun takda masalah. Kalau di Airport ada dua jenama iaitu Vodafone dan Spark. Lebih kurang je pakej travel dia jual. Kalau tak sempat di airport bila di luar boleh beli jenama 2degrees, harga dia 49NZD je untuk 10GB.



Pengembaraan di North Island bermula…

Setelah selesai urusan kastam dan sebagainya, anda boleh pick up kereta sewa di airport juga. Kami juga turut tempahkan GPS untuk anda tapi kami cadangkan untuk lebih menggunakan google maps atau waze je dan GPS tu standby. Biasanya hari pertama akan bermalam di Auckland lagipun dah penat naik flight lebih 10 jam tu kan jenuh pulak nak terus memandu.

Esok harinya bermulalah perjalanan anda di North Island New Zealand. Antara tempat yang dikunjungi termasuklah Hobbiton Movie Set, Hamilton Garden, Agrodome, Te Puia Maori Cultural Village di Rotorua, Huka Falls dan sekitar bandar Taupo.

Trip ke Hobbiton

Maori show di Te Puia Maori Cultural Village

Huka Falls

Selfie dengan alpaca di Agrodome, Rotoroa

Yang bestnya pakej self drive ni, anda bebas travel dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa terikat dengan apa-apa. Kalau rasa nak lepak lama kat Queenstown, lepak la sampai lebam. Kalau rasa taknak berlama-lama kat Lake Tekapo, tak perlu lama pun. Nak stop kat semua tempat yang ada biri-biri atau lupin stop la. Takda siapa yang akan halang. The trip is yours. Nak berjalan sampai malam pun boleh kalau masih larat, cuma jalan raya di sini lebih sunyi la kalau tiba waktu malam terutamanya di South Island.

Di South, kebanyakan jalan raya nya pun takda lampu. Kena lebih berhati-hati. Oh ya, sebelum terlupa pastikan anda dah download semua 5 apps penting ni kalau travel ke New Zealand. Diulangi, penting ye kalau nak pastikan percutian anda lebih smooth dan bermakna. Percayalah, once dah guna, barulah anda tahu betapa bermanfaatnya apps ni.

Pengalaman memandu di New Zealand

Nak drive kat New Zealand ni tak susah mana pun. Macam drive kat Malaysia juga, cuma jalan kat sini lebih rata dan selamat walaupun di kawasan yang bergunung dan berbukit. Had laju yang dibenarkan mestilah tak melebihi 100km/h. Melainkan ada sesetengah jalan yang ada ketetapan had laju sendiri. Kena la ikut.  Kalau di town pula biasanya 50km/h. Alert dengan segala signboard di tepi jalan ok.

Memandulah dengan berhemah, kalau tak bersedialah kena saman. Jangan disangka jalan yang bergunung dan bertasik takda polis ye. Kadang-kadang kereta polis tu muncul tiba-tiba je, tak tahu dari mana arah. Pastikan anda mengawal had laju ketika memandu kalau taknak duit terbang sebab kena saman. Boleh rujuk jadual di bawah tentang kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap had laju pecutan.

How far over the speed limit

Infringement fine

10km/h or less

$30

11-15km/h

$80

16-20km/h

$120

21-25km/h

$170

26-30km/h

$230

31-35km/h

$300

36-40km/h

$400

41-45km/h

$510

46-50km/h

$630

The information on this page is a general guide only. It is not the source of the law and should not be used in place of authoritative legal documents.

Sumber: http://www.police.govt.nz/faq/what-are-the-fines-for-speeding

Masak lebih jimat!

Shopping barang dapur di Pak N Save


Oh ya, kalau anda ambil pakej self drive ni, pastikan anda request pada travel consultant kami untuk tinggal di holiday house atau di motel. Boleh la masak, tak perlu makan kat luar all the time. Jauh lebih jimat tau. Kalau makan di luar standard sorang makan dalam 10-20nzd untuk sekali makan. Kalau masak tak ke lagi berbaloi kan?

Bahan kering dan mentah yang halal boleh dapatkan di pasaraya Pak N Save. Setakat ni hampir semua tempat ada pasaraya ni. Kat sini barang dia murah sikit berbanding pasaraya lain. Tapi kalau tak jumpa Pak N Save boleh la ke New World, Coundown atau Four Square.


Ehh, tak best la kalau tak makan pedas, cili ada jual tak? Cili boh ada tak? Haaa, anda boleh beli cili kat Asian Market. Di bandar-bandar besar memang ada Asian market ni kalau anda nak dapatkan barang kering atau mentah dari Malaysia. Kat Nz ni, takda istilah ‘rindu makanan Malaysia’ ye. Apa yang anda makan kat Malaysia, boleh je makan kat sini, yang  penting rajin cari la. Semua ada kut.


Tapi, kalau anda bernasib baik, ada holiday house yang memang ada keperluan masak yang lengkap, tak perlulah nak beli banyak sangat kan. Dan keperluan dapur pun lengkap kat holiday house tu. Tak payah la beli pisau la, cawan, pinggan bagai buat penuh kereta je nanti.

Jelajah ke South Island

Bergambar di hadapan Church of Good Shepherd, Lake Tekapo

Penjelajahan ke South Island bermula dengan menaiki flight ke Christchurch dari Auckland selama 1 jam 25 minit. Berdasarkan itinerari pakej percutian  New Zealand ini, anda akan drive dari Christchurch pada hari seterusnya. Selepas singgah di Lake Tekapo, Lake Pukaki, pastikan anda singgah ke High Country Salmon Farm untuk merasai sendiri ikan salmon yang fresh! Kalau yang tinggal di holiday house tu boleh la beli ikan salmon untuk masak. Tapi kalau tinggal di hotel, tak dapat la nak masak-masak okay.

Burger salmon di High Country Salmon Farm


Kalau anda gemar shopping, boleh la spend time lama sikit di bandar Queenstown. Selain di Taupo, di Queenstown juga merupakan tempat yang murah untuk anda dapatkan cenderahati. Boleh beli T-shirt All Black untuk penggemar rugbi, keychain, fridge magnet, produk kecantikan Manuka honey dan sebagainya.

Di sini juga anda berpeluang untuk mencuba makanan yang popular di New Zealand iaitu Fergburger, Erik fish and chips, kalau nak makan lamb pula boleh ke Pedro House of Lamb. Maklumkan kepada pekerja restoran yang anda nak halal dan dia asingkan kuali ketika menyediakan makanan anda. Kalau nak makan kebab, boleh try Turkish kebab. Jangan lupa beli sos cili siap-siap sebab kebab dorang takda sos cili, thai sweet cili dan tomato je ada.

Sepanjang perjalanan di South Island anda memang akan dijamu dengan pemandangan gunung-ganang dan tasik yang memukau. Orang kata macam jatuh cinta berkali-kali la. Sejuk je hati dan mata memandang. Tak puass! Kalau pergi masa musim panas, dapatlah tengok bunga lupin dan lavender di mana-mana sahaja. Ehh, rugi tau kalau tidur dalam kenderaan. Lagi satu, pastikan cermin kereta anda berada dalam keadaan yang bersih. Barulah cantik kalau nak ambil video atau gambar ketika dalam perjalanan.

Jangan lupa untuk berhenti di tepi jalan bila mana ternampak signboard ‘Scenic Lookout’. Ambil peluang bergambar banyak-banyak. Beli siap-siap memory card extra supaya anda tak kecewa kalau memory dah penuh. Alang-alang dah spend duit ke New Zealand biar la takda tinggal kenangan yang menyedihkan betul tak? Balik ke Malaysia nanti confirm rindu New Zealand. Tak percaya? Jom usha testimoni daripada client-client kami.

Bergambar dengan lupin


Okay saya berminat nak travel ke New Zealand secara self drive la. Macam mana nak book pakej percutian New Zealand ye? Aha, mudah sahaja. Klik link ini dan isi details anda. Nanti travel consultant kami akan Whatsapp anda. Boleh consult dengan dia tentang pakej. Nak tanya apa-apa soalan pada dia pun tanya je ok. Jangan malu-malu. Tapi kalau nak tahu info dan tips travel ke New Zealand, boleh stalk Facebook  dan Instagram kami.