MUST GO Nearby Auckland City

MUST GO nearby Auckland City

Pernah tak anda lost atau terdampar dekat Auckland, dan tak tau nak buat apa? Biasa nya, percutian ke NZ mesti terus skip Auckland dan explore tempat lain dulu. Betul tak? Sebab banyak lagi tempat menarik di New Zealand ni yang anda teringin nak pergi. Boleh katakan Auckland ni tempat persinggahan atau rehatkan badan selepas flight 12 jam je. Tapi apa kata lepas ni kalau korang ada masa lebih dekat Auckland, cuba explore tempat yang admin suggest ni:

 

  1. Mt Eden

Tempat favourite admin. Baik sunset mahupun sunrise. Lawa giler dekat atas ni. Dan kalau malam, boleh Nampak Auckland City dari sini. Jangan risau, nama je Mt (mountain) tapi sebenar nya ketinggian bukit je. Dari carpark ke puncak lebih kurang 20 minit sehala. Dan Mt Eden juga merupakan salah satu bekas volcano.

 

  1. One Tree Hill

Bukit ke 2 yang mesti korang pergi selepas Mt Eden. Yang ni admin galakkan pergi waktu siang baru la nampak full view (360 degree view). Kalau Mt Eden kena jalan kaki sedikit, yang ni tak perlu risau sebab anda boleh park kereta dekat atas. Paling best, tau tak dekat sini ada lamb. Maksud nya bila anda lalu dekat sini, anda akan masuk kawasan lamb farm. Banyak lak tu. Dapat la bergambar free dengan dorang. Jangan lupa pakai jacket, sebab dekat atas tu Kawasan terbuka dan angin agak kuat.

 

  1. Mission Bay

Antara bay (teluk) yang terlawa berdekatan Auckland city. Ada pantai dan main highlight adalah view Rangitoto Island dari bay ni. Rangitoto Island adalah volcano terbaru dan termuda di NZ. Selain itu, view sunset juga lawa dari sini sebab betul-betul menghadap Auckland city. Dapat tengok matahari terbenam di sebalik Auckland city.

 

  1. Queens Street & Wharf

Queens street ialah jalan utama di Auckland City. Sepanjang jalan ni, anda boleh jumpa kedai souvenirs, street performances dan branded shopping shops. Dan selesai beli souvenirs, jangan lupa bersiar-siar di wharf atau jeti. Dekat sini juga ada jambatan yang boleh terbuka dan tertutup seakan London Bridge, cuma scale kecil. Selain itu, dekat sini terdapat ferry yang akan ke Rangitoto Island dan Waiheke Island.

 

  1. Onehunga Dress-Smart

Semua tempat menarik di New Zealand yang admin suggest sebelum ni lebih kepada free attraction dan sightseeing, untuk anda hayati view nature dan rehatkan minda. Sekarang, untuk anda yang ingin kan bargain sale jangan lupa singgah Onehunga Dress-Smart. Banyak clearance items, markdown items atau harga sale items. Sama macam Mitsui Outlet di Sepang atau JPO di Johor.

Jadi lepas ni percutian anda ke New Zealand janganlah skip Auckland ye. Ada je tempat menarik di New Zealand walaupun di Auckland. Boleh la request pada tour guide kami nak jalan-jalan sana lepas turun flight tu. Oh ya, kepada yang nak dapatkan lebih info lagi tentang pakej percutian kami boleh klik sini okay. Semoga bermanfaat!