Mount Taranaki Sebagai Mount Fuji Di New Zealand?

Mount Taranaki Sebagai Mount Fuji Di New Zealand?

Okay hi semua. Cemana hari-hari korang? bertambah baik. Ada yang dah plan nak pergi ke New Zealand ? Apa pakej percutian ke New Zealand yang korang ambil? dan berapa hari? Ingat tau macam admin beritahu seperti sebelumnya. Plan betul-betul mana dan apa korang nak buat di sana nanti. Takut bila sampai blurr dan tak tahu apa nak buat. End up bazir masa dan duit.

 

Jadi jangan risau, sebab itu admin di sini. Untuk guide korang dan beri tips-tips untuk ke New Zealand. Jadi untuk hari ni admin nak ceritakan salah satu tempat di North Island. Tak lain dan tak bukan mestilah New Plymouth! Dan lain dari sebelumnya, admin akan beritahu tempat-tempat yang korang tak perlu pon keluarkan duit dan FREE !

1. Tupare

Haaa, bukan Tupperware yang ibu-ibu korang selalu marah tu kalau tak bawak balik. Tapi ni nama tempat yang menjadi tarikan pengunjung. Tupare ada satu garden yang sangat lawa giler. Hanya lebih kurang 10 minit je dari New Plymouth, korang tak perlu pon ambil masa lama nak ke sana. JIMAT masa bukan selain FREE?

2. Mount Taranaki

Okay next korang boleh pergi ke Mount Taranaki. Sesuai kepada sesiapa yang suka hiking. Bawak tau peralatan hiking. Taranaki datang dari perkataan Maori sendiri. Tara maksud puncak dan Naki maksud sinar. Bukan biashe-biashe bosskur sinar dia tau. Nak tau sinar dia lawa macam mana, tengok sendiri bila mai sini ehh

3. Lake Rotokare

Okay lepas je korang pergi naik Taranaki Mount, boleh pulak pergi tengok scenery ke tasik ni. Dengan view depan Mount Taranaki, fuhhh memang best kalau tangkap gambar. Kalau korang ambil gambar enn, tak perlu edit. Kalau kena dengan cara, even raw photo tuu pun orang tak percaya tau! Haaa jangan lupa masukkan dalam list travel korang.

4. Town New Plymouth

Last sekali boleh jalan-jalan di pekan dia sendiri. Macam macam boleh buat kat sini. Enjoy scenery dia dan lihat sendiri cara kehidupan mat salleh kat sana. Jangan jatuh cinta pulak. Nanti salahkan admin huhuhu… Tapi yang penting tengok sekitar New Plymouth sendiri. Korang boleh tengok Te Rewa Rewa Bridge  atau jalan-jalan ke New Plymouth Coastal Walkway. Senang cerita memang banyak gile aktiviti boleh buat kat sini. Datang dan feel sendiri.

 

So aktiviti-aktiviti di atas adalah yang admin recommend sendiri. Bergantung pada minat dan bagaimana nak penuhi minat korang sewaktu datang kat sini. Semua yang admin suggest adalah FREE. Tapi kalau tiba-tiba korang rasa nak juga rasa aktiviti berbayar enn, apa susah? Contact sahaja NZ Malaya Tours. Dapatkan pakej percutian ke New Zealand yang terbaik untuk korang. Jangan risau kay, diorang akan entertain korang sepenuhnya. Dan yang paling penting, dorang boleh adjust harga dengan dapat DISCOUNT! Haaa apa tunggu lagi???