Jangan Tertipu Dengan Lake Wakatipu, Queenstown

Jangan Tertipu Dengan Lake Wakatipu, Queenstown

Hii guys, cemana hari-hari korang? Enjoy tak? Ada yang dah plan nak bercuti ke New Zealand? Ada yang dah fikir untuk pilih pakej percutian di New Zealand yang sesuai ke? Kalau ada, admin nak ceritakan salah satu tempat yang MUST Go kalau pergi ke New Zealand iaitu Queenstown. Terletak di South Island, Queenstown umpama syurga di dunia. Adalah sangat-sangat rugi kalau korang pergi ke New Zealand tapi tak datang ke Queenstown. Kenapa admin cakap macam tu? Haaa meh sini admin ceritakan apa ada kat sana.

 

1. Skyline Gondola

Yang ni adalah di highlight sendiri oleh Top 10 things to do in New Zealand dalam website New Zealand sendiri. Korang nanti akan naik cable car untuk sampai ke bukit Queenstown tu. Kat situ korang ada few aktiviti boleh buat.

Antaranya korang boleh naik Luge, kereta yang bergerak menggunakan gravity, tengok Museum Maori, macam-macam lagi lah. Kat situ pon korang boleh makan buffet dia tau sambil tengok view satu queenstown.

Jangan risau buffet dia halal. Sambil makan sambil tengok scenery. Senang cerita datang sini tengok sendiri then korang tau kenapa admin kata tempat ni syurga dunia. Admin jamin memang berbaloi pakej percutian di New Zealand korang kalau datang ke Queenstown

 

2. Stargazing in Queenstown

Yang ni pon aktiviti yang boleh korang buat di Skyline Gondola tapi waktu malam. Kalau tadi admin suggest pada waktu matahari muncul, sekarang pula admin suggest pada waktu malam. Kat sini korang boleh tengok bintang tapi lagi dekat dan lawa giler. Dorang akan sediakan telescope untuk korang tengok sendiri keindahan bintang-bintang di langit.

 

3. Bungy Jumping

Haaa pada sesiapa yang hati kering, boleh try ni huhuhu. Ni adalah tempat yang best kalau sesiapa nak buat bungy jumping. Korang akan naik kat Kawerau Bridge. Bungy Jumping ni yang paling tinggi di Hemisphere South tau dengan ketinggian 134 meter. Fuhhhh tinggi enn.. Satu lagi fakta, bungy jumping ni adalah bungy jumping pertama dicipta di dunia tau. Huhuhu rugi sesiapa yang tak naik..

 

4. Milford Sound

Haa ni admin suggest untuk WAJIB pergi sebabnya Milford Sound adalah 8 Wonder of the World. Admin suggest korang pergi time hujan. Sebab apa? ada dua kemungkinan. Satu mungkin masa Queenstown hujan, Milford Sound juga hujan dan kalau rezeki banyak air terjun terbina. Satu lagi kemungkinan ialah Milford Sound bebas dan clear dari hujan. So korang boleh tengok view Milford Sound secara jelas. Haa win-win situation. Tak tauhu macam mana nak plan? boleh hubungi kami dari NZ Malaya untuk plan ke sini.

 

5. Glenorchy

Kalau ada masa terluang, datanglah sini. Korang akan disajikan dengan satu tasik nama Wakatipu. Haaa korang akan merasa tertipu dengan keindahan tasik ni sebab lawa giler. Kat sini ambil gambar puas-puas. Memang salah satu spot yang cantik untuk ambil gambar.

 

6. Queenstown town

Dah puas buat semua aktiviti yang admin suggest, try lepak-lepak kat town dia pulak. Jalan-jalan sambal makan. Kat sini ada KFC dan halal tau! Kat sini admin makan puas-puas ayam dia sebab kat tempat lain ayam tak halal. Beli belah di sini. Dan kalau korang bertuah, korang dapat jumpa dengan team All Blacks sebab tiap-tiap tahun dorang akan singgah sini bercuti. Kiranya macam-macam benda boleh buat. Yang penting, mai sini dulu huhuhu

 

Banyakkan aktiviti boleh buat kat sini. Haaa tunggu apa lagi jom laa ke sini. Ada orang datang New Zealand semata-mata nak pergi sini je tau. Hahaha sebab tuu admin kata di sini adalah syurga dunia tau. Nak rasa sendiri, boleh terus hubungi dan booking tiket Pakej Percutian di New Zealand bersama NZ Malaya atau untuk plan perjalanan korang di sana.