Terokai Dunedin, Bandar Kedua Terbesar Di South Island

Terokai Dunedin, Bandar Kedua Terbesar Di South Island

Dunedin, tempat di mana admin suka singgah dan spent beberapa hari di sini. Aktiviti di Dunedin tak banyak tapi ambil masa sikit.Mungkin masa diguna untuk aktiviti tersebut atau untuk sightseeing, depend kat korang tapi Dunedin wajib masukkan dalam travel list dan pakej percutian ke New Zealand korang. Jom admin ceritakan apa yang korang boleh buat di sini.

 

Tunnel Beach

Haa, seperti biasa kalau datang New Zealand 24 jam 7 hari korang akan disajikan dengan view yang lawa giler. So di Dunedin, untuk scenery view korang wajib datang sini. Dari Dunedin hanya 7 km je jadi korang tak perlu pening-pening plan cemana nak pergi. Tapi jaga-jaga sebab jalan di Tunnel Beach ni licin. Yang bawa anak kecil perlu extra care tau.

 

Cadbury Factory

Sapa peminat coklat Cadbury?? Haa bawak duit banyak-banyak boleh borong terus kat sini. Di kilang Cadbury ni ada macam-macam boleh buat. Antaranya korang boleh tengok cara perbuatan coklat Cadbury jadi korang boleh tau cara dorang hasilkan start dari biji koko hinggalah ke bar coklat yang korang makan tu. Selain tu, dorang ada museum Cadbury so korang boleh kenal sedikit sejarah tentang asal Cadbury tercipta. Dorang juga ada  Cadbury ‘waterfall’ kat sini. Haa sapa teringat cerita Charlie and the Chocolate Factory? Wahh seronoknya percutian ke New Zealand! dapat tengok kilang cadburry depan mata lagi..

 

Dunedin Railway Station

Most photograph building di Dunedin. Macam-macam view  dan posing tourist buat kat sini. Train kat sini tak bergerak dah and authority buat tempat ni as tourist attraction. Siapa yang tak datang ke sini umpama tak lengkap la pakej percutian ke New Zealand korang. Bagi siapa-siapa yang dah alang-alang datang Dunedin bolehlah singgah sini sekejap untuk sesi OOTD korang kat sini huhuhu..

 

Baldwin Street

Nak tau something? Ni street yang paling steep atau paling curam di dunia. Bukan Dunedin, bukan New Zealand tapi dunia. Huhu sapa yang gayat tidak digalakkan. Tapi bagi yang first time apa salahnya. Curam dia buat admin gayat jugak tapi bila sampai je puncak. Wow! hilang semua takut dan penat ‘hiking’ tadi. Enjoy giler scenery dan view kat puncak. Try laa pergi sini.

 

Larnach Castle

Di sini korang boleh tengok structure dan architure seni dari negara New Zealand. Ada sejarah dimana nama istana ini diambil. Ia sempena seorang yang mendengar spekulasi emas ada di Dunedin. Sejarah mengatakan istana ini ambil masa 3 tahun untuk dibina oleh 200 orang dan 12 tahun untuk siapkan hiasan dalam. Pelbagai bahan dari seluruh dunia digunakan untuk buat istana ni. Jadi why not spent time kat sini tengok kecantikan istana ni?

 

Banyakkan tempat admin mention. Haa yang ni spot tourist attraction untuk tourist datang dan menikmati saat di Dunedin. Nak tau lagi tourist attraction di Dunedin? Boleh ambil pakej percutian ke New Zealand bersama NZ Malaya dan jangan risau kami akan bawak korang jalan-jalan hingga korang puas.