Christchurch Dikejutkan Lagi Dengan Berita Menyayat Hati

Christchurch Dikejutkan Lagi Dengan Berita Menyayat Hati

Innalillahiwainnailaihirajiun..Stay Strong Christchurch!! Kia Kaha Christchurch! Pray For Christchurch!! Itulah kata-kata semangat yang viral pada 15 Mac 2019.

Sungguh tidak sangka..selepas hampir 8 tahun sejak berlakunya tragedi gempa bumi di Christchurch, hari ini Christchurch dikejutkan lagi dengan berita menyayat hati. Namun kali ini bukan lah bencana alam yang melanda, namun kerana mental yang lemah dan telah dicemari dengan agenda jahat serta sifat kemanusiaan yangs udah tidak berfungsi..maka tercetusnya kejadian ini

Berita kejadian serangan pengganas di 2 buah masjid di Christchurch iaitu Masjid Al Noor, Deans Ave dan Masjid Lindoon sangat memilukan dan menggemparkan dunia. Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 1.40 tengahari waktu tempatan ketika  orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Kejadian seumpama ini sangat mengejutkan kerana status New Zealand sebagai negara kedua paling selamat di dunia daripada 180 buah negara seluruh dunia bukan sahaja dari segi kadar jenayah malah selamat juga daripada binatang buas dan berbisa.

Kata terakhir mangsa pertama berdiri di pintu masjid yang terkorban dalam kejadian itu adalah “hello brother”(sapaan kepada saudara dari seorang muslim kepada orang lain) dapat didengari sebelum ditembak dengan kejam. Begitulah sifat seorang muslim yang sebenarnya. Sentiasa bersangka baik dan menyambut kedatangan orang asing ke masjid. Tetapi media barat seringkali menyifatkan Islam sebagai agama teroris dan ini tidak benar sama sekali. Kerana perkataan Islam yang berasal dari perkataan arab itu sendiri membawa erti sejahtera,aman, damai.

Dalam kejadian yang mengejutkan itu, seramai 49 orang dilaporkan terkorban dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian itu sebagai One of New Zealand’s the darkest days. Polis New Zealand telah berjaya menahan 4 orang suspek;3 lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu, termasuk seorang lelaki warga Australia berumur 28 tahun yang telah membuat livestream  di facebooknya bernama Brenton Tarrant,

Dan New Zealand telah bersuara dengan menawarkan bantuan kepada semua muslim yang bukan sahaja berada di Christchurch malah di Auckland dan Wellington juga. Ini juga menunjukkan rakyat New Zealand sememangnya sangat baik,mesra, prihatin dan sedia membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan tanpa mengambil kira bangsa dan agama. Mereka juga telah mengeluarkan satu frasa iaitu “They are us” sebagai tanda sokongan kepada muslim yang berada di New Zealand kerana bagi mereka kita dan mereka tiada beza walaupun pegangan agama berbeza. Kerajaan New Zealand turut mengambil keputusan untuk tidak menyalakan Sky Tower sebagai tanda berkabung atas kejadian ini.

Kami dari team NZ Malaya juga cukup terkesan dan kami akan update isu kejadian ini dari semasa ke semasa melalui Facebook dan Instagram. NZ Malaya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dengan kejadian ini dan kami juga bersimpati akan hal ini.
Innalilah Wainna Ilahirojiun..

Al-fatihah buat semua umat Islam di Christchurch akibat serangan pengganas yang telah menyerang Masjid Al Noor dan kita doakan agar kesmua umat Islam dan warganegara Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat dan dipelihara hendakNya. Jika orang ramai ingin menderma kepada keluarga mangsa di New Zealand, boleh menyumbang di sini.