Travel Secara Private Ala-Ala VIP Bersama Nzmalaya

Travel Secara Private Ala-Ala VIP Bersama Nzmalaya

 First of all, percutian persendirian bersama keluarga tercinta merupakan impian setiap orang. Yelah, masa inilah nak spend quality time dengan family kan, bila lagi? Malah ada juga yang menjadikan ia sebagai rancangan tahunan untuk travel dari sebuah negara ke sebuah negara lain. Adakah anda juga mengimpikan percutian idaman bersama yang tersayang? Jom travel secara private, bercuti di New Zealand bersama kami!

Apa yang bestnya percutian private ni? Haa, pakej ini special sikit daripada pakej yang lain yang mana kami akan uruskan percutian anda di New Zealand seperti apa yang anda request. Anda nak ke mana? Nak buat aktiviti apa? Semuaaaa kami susun. Berbeza dengan pakej berkumpulan yang mana itinerari ke tempat-tempat menarik telah pun ditetapkan. Jadi, melalui private tour ini, anda tinggal datang ke sini bersama ahli keluarga tercinta tanpa ada orang luar dan enjoy menjelajah bumi Maori ini!

 

Anda pun boleh pilih tarikh untuk bercuti di New Zealand. Yelah, bukan semua orang senang untuk apply cuti kan. Ada orang boleh cuti lama, ada yang boleh cuti sekejap je. Tak kurang juga yang last minit baru cuti di approve oleh boss. Eh, ingat sempat ke nak buat research, nak booking apa semua untuk holiday? Tak best la kan, kalau nak travel tapi persiapan nak travel tu huru hara macam nak tak nak je pergi. Tapi, kalau anda serahkan kepada kami, kami boleh customize semuanya ikut bajet anda. Anda tinggal datang je sini bawa beg baju kut. Best kan??

 

Antara tour guide Nzmalaya

 Ada tour guide ke tidak untuk private trip ni? Yes mestilah ada! So, tak perlu risau nak ke sana sini sebab tour guide kami cukup berpengalaman dalam tourism dan hospitaliti di New Zealand. Tak pandai cakap bahasa inggeris? Ahaa tak pe, serahkan kepada tour guide kami! Nama pun local expert, kalau apa yang anda tak faham atau tak tahu nak buat, serahkan je kepada tour guide kami untuk uruskan.

Kebiasaanya mereka yang datang ke New Zealand akan bercuti selama 10-14 hari untuk menjelajah di kedua-dua North dan South island. Alang-alang dah beli tiket flight ke New Zealand, sebaiknya cover la kedua-dua island. Dapatkan consultation dari travel consultant kami tentang tempat menarik dan aktiviti yang sesuai untuk anda lakukan. Boleh try aktiviti skydiving, bungy jumping, berkayak, berkuda, dan sebagainya. Mana tahu trip kali ini merupakan trip impian anda sekeluarga kan?

Menaiki chairlift di Skyline Queenstown

 Lagi satu, kalau nak bercuti di New Zealand, pastikan anda travel pada musim yang sesuai. Kalau nak best, datang ketika musim panas. Macam-macam aktiviti dapat dilakukan ketika musim ini. Pemandangan lagi cantik. Waktu siang pun lebih panjang. Bayangkan, kalau di North Island tu, langit akan mula cerah seawal jam 5:30 pagi. Dan akan mula gelap selewat jam 8:30 malam. Kalau di South Island pula, langit akan mula cerah seawal jam 4:30 pagi dan akan gelap selewat jam 9:30 malam. Panjang kan? Perghhh, memang puas la jalan di New Zealand! Kalau larat boleh je jalan sampai malam. Manalah tahu nak stargazing di Lake Tekapo ke kan.

Kalau tanya kami, musim apa yang paling best untuk bercuti di New Zealand, memang semua musim best. Cuma musim panas ada kelebihan tersendiri. Ramai juga yang tanya best tak travel ketika musim sejuk? So, kalau berniat nak travel ketika winter, kami suggest anda datang ketika bulan Ogos, iaitu sebelum peralihan ke musim bunga. Ketika musim sejuk, waktu malam lebih panjang daripada siang. So, kalau nak jalan-jalan pun  masa yang ada pun sangat terhad. Tapi kalau anda nak rasai pengalaman winter di sini, apa salahnya kan. Waktu ni pun ialah waktu terbaik kalau anda nak tengok aurora. Antara fenomena semulajadi yang tak ada di semua tempat di atas muka bumi ini.

 

Sepanjang private trip ini, itinerari anda lebih fleksibel. Manalah tahu, anda nak masak sendiri di holiday house ke, boleh dapatkan barang mentah halal di Pak N Save atau mana-mana supermarket yang terdekat. Untuk ayam boleh beli brand Turks, Brinks atau Silver fern. Tapi, kalau anda bercadang nak makan di luar pun takda masalah, maklumkan kepada tour guide kami, dia akan suggest kat mana restoran halal yang anda boleh pergi. Tapi restoran halal agak sukar didapati di Twizel, Wanaka dan Te Anau berbanding tempat lain. Pilihan lain anda boleh makan ikan atau seafood di sini. Belilah ikan salmon di High Country Salmon Farm kalau anda di Twizel. Kalau di Wanaka anda boleh mencuba Erik fish and chips. Salah satu restoran yang anda wajib cuba semasa bercuti di New Zealand.

 

   Burger Salmon Di High Country Salmon Farm

Amacam? Rasa macam nak plan vacation ke bercuti di New Zealand tak? Dah-dahlah tu survey tempat mana nak melancong, buat habis data je. Kalau anda berminat, boleh isi details anda di sini untuk travel consultant kami Whatsapp pakej kepada anda. Nak tanya apa sahaja pun tanyalah, kami akan pastikan anda dapat layanan yang manis-manis istimewa sahaja. Kalau nak tahu apa-apa info tentang New Zealand boleh tengok Facebook dan Instagram kami ok.