Selangkah Ke Hamilton

Selangkah ke Hamilton

Jika sebelum ini admin ada post tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda pergi apabila bercuti di New Zealand,post kali ini pula admin akan ceritakan tentang apa yang menariknya di Hamilton.

Salah satu tempat yang wajib dimasukkan dalam checklist perjalanan ketika anda bercuti di New Zealand. Perjalanan yang hanya mengambil masa hanya dua jam ini pastinya akan memukau anda sepanjang perjalanan ke sana.jadi,jom admin terangkan Top 5  aktiviti yang wajib buat sana:

1.Waitomo Glowworm Cave

Pengunjung akan masuk menggunakan  bot kecil untuk ke dalam gua Glowworm ini.Anda akan terpukau dengan warna-warna yang menghiasi dinding batu kapur ini.Admin sampai tak nak balik kot! Huhuhu

Jangan risau pasal kesesakan.tour guide dalam ini akan bawak group-group kecik untuk masuk.jadi anda mempunyai masa dan privasi untuk menikmati permandangan ini.Glowworm Cave ini juga mendapat certificate of excellence 2018 dari Trip Advisor.Jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak yaa.

 

2.Hobitton Movie Set Tour

Bagi peminat Lord of The Rings mesti tak sabar untuk ke sini.Tempat ini adalah hotspot yang wajib datang apabila bercuti di New Zealand. Jangan skip pulak…Tak lengkap perjalanan anda ke New Zealand nanti. Tempat diwartakan sebagai tempat tarikan pelancong oleh government New Zealand.Bagi pengunjung yang sudah ke sini,Kebanyakkan mereka dapat merasai seolah-olah mereka dalam set pengambaran.Korang akan menaiki bus yang disediakan oleh pengurusan terus ke destinasi.Habis sahaja terokai Hobbit,korang akan disajikan ‘Ginger Beer’.Jangan risau,air ni halal dan boleh refill balik sebanyak yang korang nak.

 

3.Hamilton Garden

Salah satu kawasan buatan cantik di Hamilton.Dalam banyak-banyak taman,ini yang disenaraikan tempat  tarikan pengunjung.Terdapat 5 jenis tema taman dan berlainan antara satu sama lain.Jangan risau tentang bayaran kalau nak sebab masuk adalah percuma,ditambah dengan koleksi tumbuhan yang eksotik.Jadi tunggu apa lagi,jom pergi ke sini!

 

4.Victoria Street

Dah penat-penat berjalan sekitar Hamilton,boleh singgah ke sini pulak.Sambil menikmati secawan kopi,korang boleh juga melihat suasana di bandar Hamilton.Di sini juga terdapat beberapa kedai makan.Walaubagaimanapun, boleh rujuk pada tour guide kami untuk pengesahan halal mana-mana kedai.

 

5.Hot Air Balloon over Waikato

Sebelum admin terlupa,terdapat festival yang dibuat tahunan di Hamilton iaitu Hot Air Balloon di Waikato.Pelbagai acara berlaku di situ,namun yang menarik minat tentunya Hot Air Balloon.Tapi kena plan betul-betul sebab event ni hanya 4 hari dan setahun sekali sahaja.Jadi cepat,book segera sebelum terlambat!

 

Haa,Panjang lebar admin explain ni,jangan lupa berkunjung ke sini.Kalau tak sia-sia sahaja cuti korang bercuti di New Zealand. Nak lagi senang dan best,book sahaja pakej kami; group packageprivate package dan self-drive package.Tak perlu risau,kami akan pastikan korang enjoy sepanjang bercuti di New Zealand.

Nak tengok gambar-gambar New Zealand yang cun dan tips-tips travel yang memang sangat berguna…lebih-lebih lagi kalau anda ingin bercuti di New Zealand…FOLLOW LAH Instagram dan LIKE LAH page facebook kami.