Adakah Madu Manuka Sejenis ‘Superfood’?

Adakah madu Manuka sejenis ‘Superfood’?

Permintaan madu Manuka dari New Zealand kian meningkat secara mendadak baru-baru ini, terima kasih kepada kebaikan bakteria semula jadinya. Madu Manuka ialah salah satu produk New Zealand yang wajib di bawa balik sebagai buah tangan jika bercuti ke New Zealand. Tetapi, apakah bukti yang dapat menyokong pendapat itu?

 

Madu Manuka adalah madu yang diperoleh dari bunga manuka (Leptospermum scoparium) yang tumbuh di New Zealand dan selatan Australia. Madu Manuka merupakan madu dengan kandungan anti-bakteria yang tinggi.

 

Keunikkan madu Manuka, ia mempunyai satu standard yang tersendiri. Standard itu dipanggil UMF (unique Manuka Factor). Standard ini adalah untuk mengenalpasti dan mengukur kekuatan anti-bakteria yang terkandung di dalamnya. Kualiti bahan yang ada pada madu Manuka itu terhasil dari sumber kematangan bunga Manuka itu sendiri. Dan ini menjadikan madu manuka sebagai produk wajib untuk di bawa pulang ke Malaysia apabila bercuti ke New Zealand 

 

Kita boleh lihat pada label di botol madu manuka ini, minimum rating yang boleh kita jumpa ialah UMF5. Tetapi kualiti anti-bakteria hanya dapat dikesan bermula pada UMF10, menjadikan madu Manuka dengan UMF5 ini hanya sesuai dengan kegunaan harian. Semakin tinggi jumlah UMF, semakin berkualiti madu manuka itu. Dan semakin tinggi ratingnya, semakin mahal juga harganya. Jika bercuti ke New Zealand, madu Manuka sangat mudah untuk anda beli kerana madu Manuka ini banyak terdapat di pasaraya Pak n’ Save dan Countdown. 

        Gambar 1.1       Madu Manuka.

 

Madu telah digunakan untuk merawat luka sejak dari zaman purba, seperti yang terperinci di dalam dokumen yang bertarikh 1392. Ia dipercayai membantu dalam memerangi jangkitan, tetapi amalan itu tidak disenangi dengan wujudnya antibiotik. Semasa menghadapi cabaran yang semakin meningkat di seluruh dunia terhadap antibiotik, saintis sedang mengkaji sifat-sifat dan potensi madu.

 

Dalam artikel ini, kita akan meneroka apa itu madu Manuka, apa sifatnya dan bagaimana ia berbeza dari jenis madu yang lain. Kita juga akan melihat bukti untuk menilai sama ada madu Manuka yang berasal dari New Zealand dan Australia m ini benar-benar ‘superfood’ yang akan datang.

 

Daun pokok Manuka, yang juga dikenali sebagai pokok teh, telah dikenali sejak abad lalu di kalangan puak pribumi New Zealand dan selatan Australia untuk kuasa penyembuhan mereka.  Lebah yang mengumpul nektar daripada pohon ini, menjadikan madu Manuka ini memiliki beberapa sifat penyembuhan.

 

                                                                 Pokok Manuka yang anda boleh tengok jika bercuti ke New Zealand

                                                                                                                             Gambar 1.2 Pokok Manuka

 

Secara umumnya, semua madu mengandungi hidrogen peroksida. Ia juga ada pada madu Manuka. Lebihnya madu Manuka ini ialah ia mengandungi standard UMF anti-bakterianya sendiri. Ini bermakna madu Manuka ini mempunyai anti-bakteria daripada hidrogen peroksida dan UMF standard anti-bakteria UMF tersendiri sekaligus membuatkan madu Manuka ini sebagai potensi peningkatan anti-bakteria tersebut.

 

                                                                                                   Gambar 1.3 Dipetik daripada artikel makeupalley.com tentang

                                                                                                                    penggunaan madu Manuka di muka.

 

Pakar percaya bahawa madu Manuka yang berasal dari New Zealand dan Australia  telah menambah sifat anti-bakteria dan penyembuhan,menjadikan ia lebih berkesan. Menurut pengkaji madu Manuka, UMF yang tinggi sangat berkesan untuk melegakan sakit perut, gastrik, ulser, masalah kulit, bisul, kulit terbakar. Pendek kata, ia sangat baik untuk kulit bermasalah.

                                                                                        Gambar 1.4 Dipetik daripada artikel Pacific Resources International The

                                                                                       Essence of New Zealand tentang penggunaan madu Manuka untuk penyembuhan luka.

 

Kajian itu juga menemui bukti yang kuat bahawa madu dapat menyembuhkan luka berpunca dari kebakaran, 4 hingga 5 hari lebih cepat berbanding pembalut konvensional. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa madu lebih berkesan daripada antiseptik dan kain kasa untuk penyembuhan luka pembedahan yang terinfeksi.

 

Antibiotik digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan bakteria di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, bakteria dapat menyesuaikan diri dengan ubat yang ada sekarang dan menjadi lebih kuat menjadikan ubat sekarang semakin kurang berkesan.

 

Rintangan ini sedang berlaku di seluruh dunia, dan semakin banyak jangkitan menjadi semakin sukar untuk dirawat. Ini membawa kepada rawatan hospital yang lebih lama, kos perubatan yang lebih tinggi, dan membawa kepada lebih banyak kematian. World Health Organization (WHO) telah menyenaraikan ketahanan terhadap antibiotik sebagai salah satu ancaman terbesar kepada kesihatan global, keselamatan makanan, dan pembangunan.

         Gambar 1.5       Bukti menunjukkan bakteria E-faecalis dan E.coli terhapus dengan

                                     penggunaan madu Manuka.                                       

 

Sifat anti-bakteria semulajadi madu mungkin berguna dalam perjuangan ini. Madu Manuka telah diuji di dalam makmal dan terbukti dapat menghalang sekitar 60 spesies bakteria. Ini termasuk Escherichia coli (E.coli) dan salmonella. Beberapa kajian menunjukkan bahawa madu Manuka dapat melawan sejenis ‘superbug’ yang tahan terhadap antibiotik. Ini termasuk staphylococcus aureus (jangkitan Staph) dan pseudomonas aeruginosa.

          Gambar 1.6      Dipetik daripada artikel healthywithhoney.com tentang penggunaan

                                      madu Manuka dalam menghapuskan kuman MSSA dan MRSA.

 

Terdapat banyak manfaat kesihatan madu Manuka ini. Ini termasuk:

 

  • Mengurangkan kolesterol tinggi
  • Mengurangkan keradangan
  • Mengurangkan refluks asid
  • Merawat jerawat.
  • Meningkatkan alergi musiman seperti demam, asma, dan eksim. 
  • Menguatkan dinding Rahim 
  • Baik untuk pertumbuhan anak-anak 
  • Mencegah susah tidur
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Meningkatkan kesuburan pasangan suami dan isteri
  • Menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh
  • Membunuh pelbagai jenis kuman
  • Meningkatkan memori, kemampuan belajar dan kepercayaan diri 
  • Mencegah penyakit jantung 
  • Mengurangkan rasa mual ketika hamil 
  • Menguatkan dan  menjaga kesihatan janin
  • Mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pencernaan seperti diare, radang usus, asam lambung, dan sembelit.
  • Pembersih jerawat
  • Membantu melembabkan kulit
  • Awet muda  – dalaman: makan madu dicampurkan dengan air atau makanan

                                   – luaran: masker selama setengah jam selepas mencuci muka

  • Membantu melembabkan rambut

 

Madu Manuka adalah sejenis madu yang unik dari New Zealand. Kebolehan yang paling ketara adalah kesannya terhadap pengurusan luka dan penyembuhan. Madu Manuka juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang yang boleh membantu mengubati pelbagai penyakit. Namun, penyelidikan selanjutnya diperlukan bagi menyokong sifat-sifatnya yang bermanfaat.

 

Setelah semua perkara dipertimbangkan, madu Manuka mungkin merupakan alternatif rawatan berkesan yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan apabila digunakan bersama terapi konvensional. Di Huka Honey Hive di Taupo, pelbagai produk madu manuka ini di jual yang bukan sahaja dalam bentuk madu, malah banyak lagi produk madu manuka ini seperti sabun, pembalut luka, ais krim, set penjagaan kulit, lilin dan banyak lagi. Jika bercuti ke New Zealand, datanglah ke sini untuk melihat sendiri kepekatan dan keaslian madu dari New Zealand ini, dan anda juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis madu di situ. Anda merasakan kos untuk bercuti ke New Zealand mahal tetapi teringin untuk mencuba kebaikan madu manuka ? JANGAN RISAU!! Anda tidak perlu bercuti ke New Zealand untuk mencuba madu manuka ini kerana kami, NZ Malaya akan buka pra-tempahan khas bagi membeli madu Manuka untuk anda. Nantikan pengumuman di Facebook dan Instagram kami!!