Alami Ketenangan Te Anau

Alami Ketenangan Te Anau

Dalam post sebelum ni admin ceritakan pasal Dunedin, sekarang admin ceritakan pasal Te Anau pulak. Sebelum admin beritahu benda apa yang boleh buat di sini, korang kena tahu yang Te Anau adalah tempat untuk rileks. Untuk sesapa yang suka enjoy suasana cozy dan weather yang tenang, sinilah tempatnya. Tapi jangan risau, ni antara few tempat yang admin suggest dan korang boleh pergi. Te anau juga tersenarai di dalam pakej percutian ke New Zealand ye.. Jom ketahui tempat menarik di Te Anau!

 

1. Kepler Track

Bagi yang suka hiking, korang boleh cuba hike kat sini. Ada trails yang mencabar dan ada yang senang untuk hiking. Sebelum korang pergi sini, pastikan korang buat homework tau. Jangan main terjah je. Masukkan destinasi ini dalam wishlist pakej percutian ke New Zealand korang tau!

 

2. Milford Sound Road

Korang kena pergi ke Milford Sound. Tapi untuk post ini admin hanya akan ceritakan tentang jalan untuk ke sana. View sepanjang perjalanan memang lawa giler. Sangat memukau! Admin sampai berhenti dua tiga kali untuk ambil gambar. Dan view ni takkan ada di mana-mana sebab sangat rare. Nak tau view cemana, kena pergi tengok sendiri. Wahh seronoknya percutian ke New Zealand!

 

3. Te Anau Glowworm Cave

Yang ni adalah salah satu tempat glowworm yang ada di New Zealand. Bagi sesiapa yang terlepas glowworm dan nak pergi, boleh singgah ke sini. Boat akan berlepas dari Te Anau jeti, mengharungi tasik sebelah barat Te Anau. Korang bukan je akan nampak glowworm, tapi korang akan nampak juga air terjun dan batu-batu yang menghiasi dinding gua itu.

 

4. Te Anau Lake

Bagi sesapa yang ada masa terluang, boleh lah singgah kat sini untuk ambil gambar buat kenangan. Cuaca di tasik ni pun agak tenang, jadi korang yang datang boleh santai Bersama keluarga atau buat a small picnic atau potluck sambal tengok view lawa ni.

 

Jadi, itu sahaja aktiviti yang admin cadangkan buat di Te Anau. Sebetulnya, Te Anau hanya tempat untuk santai sahaja macam admin kata di awal post tapi kalau korang nak pergi jugak cuma malas nak plan itinerary, boleh sahaja hubungi NZ Malaya untuk aturkan pakej percutian ke New Zealand yang korang akan ingat sampai bila-bila.