5 Sebab Utama Anda Perlu Ke Tekapo

5 Sebab Utama Anda Perlu Ke Tekapo

Korang dah baca belum artikel lepas yang admin ceritakan tentang serangan pengganas di Christchurch ? Sedih, geram, marah, kecewa…semua perasaan admin dapat rasa bila dengar je berita tu. Tapi admin harus kuat..demi untuk menceritakan cerita secara lebih details kepada anda tentang pakej New Zealand. So, dalam artikel admin nak highlight aktiviti penting kalau korang ke sini. Admin harap sangat korang berpeluang berjumpa dengan bunga Lupins di Lake Tekapo. Apa nama Church tu? haaa mari admin ceritakan.

 

1.Church of The Good Shepherd

Pakej New Zealand

Haa.Ini nama Church yang ada lupins. Lupins tu apa? Sejenis pokok bunga berwarna ungu yang tumbuh liar sekitar kawasan ini. Berdekatan dengan tasik Tekapo, memang lawa giler kalau tangkap gambar kat sini. Ni spot wajib bagi photographer untuk tangkap gambar kalau diorang join pakej pakej New Zealand. Tapi Lupins hanya bloom dari waktu November hingga Februari, jadi pastikan korang merancang betul-betul kalau sebelum join pakej New Zealand .Ni memang top recommended place from admin.

 

2.Lake Tekapo

Pakej New Zealand

Dalam pakej New Zealand,kalau tak ambil masa sekejap untuk menikmati scenery kat sini memang tak lengkap. Lake Tekapo adalah salah satu tasik  terbesar di South Island. Sejauh mata memandang, sejauh itu korang akan feel nature dia. Memang lawa sangat. Kena dengan angin sepoi-sepoi dia,fuhhh layan…

 

3.Stargazing Tour

Pakej New Zealand

Memang salah satu keajaiban alam dalam pakej New Zealand. Bayangkan tengok bintang dan bukan yang sikit-sikit tu,ni korang nampak dia bersinar yang memang banyak dan lawanya view kat situ. Korang akan dibawa dengan bas untuk ke situ tapi ada beberapa peraturan korang kena ikut. Antaranya jangan buka lampu dan tak boleh ambil gambar. Peraturan ni positifnya mungkin dorang nak korang rasa sendiri tanpa ada teknologi kat tempat nature kot…. husnuzon huhuhu.Kat situ ada dome telescope and ada few telescope di mana dorang dah adjust siap-siap untuk view bintang tu.So korang just enjoy the view dan lihat keindahan alam sepuas-puasnya.

 

4.Mount John

Pakej New Zealand

Salah satu gunung yang terletak di Tekapo. Kalau rasa macam nak hiking di sini amat digalakkan tapi bergantung pada fitness masing-masing lah ye…Tapi macam spot yang admin beritahu sebelum ni, Mount John terkenal sebab star gazing di Tekapo. Tapi apa salahnya spent masa sikit kat sini kan?

 

5.Tekapo Spring

Pakej New Zealand

Tekapo Spring adalah salah satu kolam air panas yang terdapat di New Zealand. Kalau korang join pakejrasa tak tahan sejuk boleh lah singgah ke sini. Sambil rendam untuk panaskan badan, boleh enjoy scenery Lake Tekapo yang terhidang depan mata korang.Tapi admin pesan siap-siap tau… Air dia panas sehingga 40 darjah celcius.Haa rendam lama-lama kang jadi ubi rebus kang hahaha

 

Admin syorkan Tekapo wajib  di masukkan dalam itinerari pakej New Zealand korang. Banyak aktiviti yang boleh buat kat Tekapo ni.Dari hiking Gunung John hingga mandi air panas di Tekapo Spring. Ada yang free dan ada yang berbayar. Jadi plan wisely tau. Satu lagi, jangan lupa pergi tengok Lupins tu pulak ehh. Banyak tempat nak kena pergi kan? Book dengan dengan NZ Malaya kerana NZ Malaya menawarkan banyak pakej New Zealand yang menarik seperti group package, self-drive package dan private package. Admin adjustkan trip korang untuk pergi semua tempat dalam masa yang korang ada. Untuk tips travel ke luar negara dan view-view padu New Zealand boleh like page facebook dan follow instagram, @nzmalaya.