5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Group Travel Package Nzmalaya

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Group Travel Package Nzmalaya

Ramai orang fikir bila travel dengan group ni mesti macam rombongan sekolah naik bas 40 penumpang kan? Lepas tu, naik pula bas model lama dengan seat yang sempit dan tak selesa. Mau sakit pinggang sepanjang perjalanan dibuatnya. Tapi, bercuti di New Zealand dengan group trip Nzmalaya, anda takkan rasa pengalaman-pengalaman pahit macam tu, percaya tak?

Nak tahu kenapa? Haaa, inilah  5 perkara yang anda perlu tahu tentang group travel package daripada NZMalaya yang special daripada travel agensi lain.

Yang pertama, kalau anda ikut group trip kami, anda akan travel bersama kumpulan kecil yang terdiri daripada 11 orang sahaja. Satu kumpulan akan ada satu orang tour guide yang akan bawa anda menjelajah bumi Maori ini. Ya, tak ramai pun, macam satu family je. Nak ambil gamnbar pun tak perlu berebut, sure semua masuk dalam gambar. Travel pun akan lebih relaks dan privasi. Tak perlu bersesak atau menunggu terlalu lama kalau nak berkumpul.

Satu group 11 orang

Kalau bercuti di New Zealand dengan kami, tour guide yang akan bersama anda ialah orang Melayu bumiputera yang sangat berpengalaman minima 2 tahun dalam bidang servis dan hospitaliti serta berpengalaman travel di serata New Zealand. 

Tour guide Nzmalaya

Kita pun akan travel menaiki van 12- seater yang akan dipandu oleh tour guide. Setiap orang akan dapat seat masing-masing termasuk bayi dan kanak-kanak. Jadi, yang ada anak kecil, tak perlu pangku anak anda ye. Cuma pastikan anda request ‘child seat’ daripada travel consultant yang berurusan dengan anda.

Penginapan yang kami sediakan juga terdiri daripada motel dan juga holiday house ala-ala homestay yang sememangnya sangat selesa untuk semua peringkat umur. Motel di New Zealand tidaklah sama seperti di Malaysia.

Di sini, motel yang ada dijaga standard nya oleh Kementerian Pelancongan New Zealand khas buat mereka yang bercuti di New Zealand. Mereka sangat menjaga servis, fasiliti dan kebersihan motel agar selesa digunakan oleh pelancong. Malah, tidak dinafikan bahawa orang local sendiri lebih memilih untuk tinggal di motel yang ada di New Zealand. Harganya pun lebih berpatutan.

Contoh motel di New Zealand

Di sini, setiap bilik penginapannya juga dilengkapi dengan wifi. Bonus buat anda yang gemar memasak ketika travel, di motel dan holiday house yang kami tempah ada menyediakan semua keperluan peralatan dan bahan asas masak! Bayangkan, daripada dapur memasak, oven, microwave, dishwasher, pinggan mangkuk, cawan semuanya disediakan. Mesin basuh dan sabun pencucinya pun ada! Tinggal angkut beg sahaja.

Contoh holiday house di New Zealand

Oh ya, buat anda yang tak tahu, group travel package kami juga sudah merangkumi sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. So, anda tak perlu risau pun nak makan kat mana, halal ke tak, nak masak apa, sepanjang 10 hari travel bersama kami. Best kan?

 

Sepanjang 10 hari travel di New Zealand, kami akan sediakan anda pack-meal jika kita travel di tempat yang agak sukar untuk dapatkan makanan halal.

Pack meals

Jika tidak, kami akan bawa anda untuk mencuba makanan yang wajib anda try kalau datang ke sini. Kita akan ‘dine in’ di mana-mana restoran halal sepanjang perjalanan. Antara menu travel kita ialah fish and chips, turkish kebab, indian food dan sebagainya. Travel berkumpulan ini akan  lebih seronok kalau kita datang bersama kawan-kawan dan keluarga. Kepada solo traveler pula, inilah masanya untuk anda dapat teman baru yang sudah pastinya memiliki minat yang sama dengan anda! Lepas ni, nak travel ke negara lain boleh la roger-roger kan.

Kalau nak layan gambar-gambar superb penjelajahan di New Zealand boleh like dan follow facebook dan instagram kami ok.

Pendek kata kalau nak uruskan sendiri mesti pening kan…jadi nak lagi mudah untuk bercuti ke New Zealand boleh dapatkan pakej anda di sini  okay.