5 Kelebihan travel pada musim luruh

New Zealand ni memang serius cantik dank orang boleh je datang bila bila masa sepanjang tahun sebab setiap musim memang unik dan ada keistimewaan sendiri. Musim luruh adalah masa yang sesuai untuk korang berjalan-jalan di New Zealand.

Jadi, musim luruh di New Zealand bermula March hingga June. Musim luruh di New Zealand memang best kerana cuacanya yang dingin dan hari siang menjadi singkat. Ramai tentu setuju dengan admin yang musim luruh ni adalah waktu yang bagus untuk mengambil gambar bersama orang tersayang.

Korang mesti suka musim luruh kan ? Haa hari ni admin nak berkongsi sikit kelebihan travel pada musim luruh di New Zealand. Korang teringin tak pakej percutian ke New Zealand korang masa musim panas ? So apa kelebihan travel pada musim luruh ? jom baca artikel admin kali ini.

  • BANYAK LOKASI YANG CANTIK

Mengambil gambar ketika musim luruh memang lawa. Ambil gambar banyak-banyak so boleh upload dekat ig korang haha. Korang juga boleh melihat daun-daun yang gugur dan bertaburan sepanjang hari. Tempat-tempat yang best untuk pergi ialah Hagley Park, Arrowtown dan banyak lagi

 

  • JIMAT KOS PERBELANJAAN

Memandangkan tidak ramai pelancong datang ke New Zealand pada musim luruh atau salji, harga hotel dan flight akan menjadi murah. Bukan itu sahaja, di pasar-pasar juga anda mungkin diberikan diskaun. Jadi jangan terkejut kalau harga dekat situ sangat murah pada musim luruh haha.

 

  • PELANCONG TAK RAMAI

Kebanyakan pelancong tak suka travel pada musim luruh atau salji. Bayangkan New Zealand tak ramai pelancong … best kan haha. So korang tak perlu nak tunggu lama-lama. So korang boleh relaks tak perlu rushing haha.

 

  • CUACA YANG BEST

Pada musim luruh, cuaca di New Zealand sungguh menakjubkan. Anda mungkin mempunyai peluang yang nipis untuk ditangkap oleh hujan atau salji secara tiba-tiba.  Suhu yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk membuat anda selesa untuk berjalan-jalan di sana.

 

  • BERSANTAI DI TEPI PANTAI

Apabila cuaca stabil dan udara segar pada musim luruh, inilah peluang terbaik korang untuk bersantai di tepi pantai di New Zealand. Bayangkan berada di tepi pantai bersama orang tersayang sambil menghirup udara segar. Best kan ?

Sekian sahaja dari admin. Kalau korang perlukan pakej percutian ke New Zealand atau guide atau cadangan atau mahu sahaja Hotel-hotel MURAH dan mendapat HARGA yang berpatutan, boleh sahaja contact kami NZMalaya.