5 Apps Yang Patut Anda Download Jika Travel Ke New Zealand

5 Apps Yang Patut Anda Download Jika Travel Ke New Zealand

Post kali ni min nak share kan tips travel ke New Zealand, tentang 5 aplikasi utama yang perlu anda download dan update jika ingin travel ke New Zealand. Melalui aplikasi ini, anda akan dapat segala maklumat yang  diperlukan demi melancarkan perjalanan sepanjang travel.

  1. MetService

In-details weather forecast di NZ mengikut bandar. Berapa layer baju perlu anda pakai, min dan max suhu serta hujan juga di nyatakan. Paling penting, update setiap masa sama ada jam, 1-3 hari atau seminggu. Perlu diingatkan yang cuaca di NZ boleh berubah anytime, “NZ can be 4 seasons in 1 day”. Update cuaca paling tepat adalah 1 hari sebelum perjalanan.

  1. Gaspy

Tips travel yang seterusnya ialah anda boleh update harga semasa minyak di NZ melalui Gaspy. Paling best, anda boleh susun mengikut harga termurah atau jarak petrol pump terdekat. Pasaran miyak di NZ adalah open-market. Jangan pelik jika 1 bandar atau pekan ada pelbagai jenis harga minyak.

  1. Grabone/Groupon

Cek any deals di NZ. Anda boleh dapat sehingga 70% diskaun untuk aktiviti yang anda ingin cuba di NZ. Selain itu, anda boleh cuba check di Bookme. Jika anda book di GrabOne (beli coupon), anda boleh memilih masa dan tarikh untuk aktiviti tersebut, hanya perlu call dan booking beberapa hari sebelum. Sebalik nya jika beli di Bookme, anda perlu menetapkan bila tarikh dan waktu untuk anda buat aktiviti tersbut.

  1. Maps.me

Offline maps yang paling berguna jika anda ingin jimat kan data anda. Downlad sahaja tempat mana yang anda ingin pergi. Paling best, anda boleh letak marking, description etc di tempat yang anda sudah atau ingin pergi. Selain itu, anda juga boleh gunakan nya sebagai guide semasa trekking, hanya untuk well-known track.

  1. CamperMate

App terakhir yang mesti anda download. Terutama jika anda ingin tidur di dalam khemah atau motorhome. Segala info berkenaan tempat menarik, holiday park, campsite atau aktiviti apa yang perlu anda buat terdapat di dalam app ini. Paling best, anda juga boleh download offline apps (jimat lagi data).

Selesai download apps ni, pastikan anda belajar cara ingin menggunakannya. Dah mahir, bermakna anda sudah bersedia untuk menjelajah New Zealand! Share kan tips travel ke New Zealand ini kepada geng-geng travel anda dan sebarang info yang diperlukan boleh email atau pm kami di instagram atau facebook okay.