4 Lokasi Wajib Travel di Taupo, New Zealand

4 Lokasi Wajib Travel di Taupo, New Zealand

Taupo, antara tempat menarik di New Zealand kalau korang travel ke bahagian North Island. Betul tak?

Dekat North Island, antara tempat menarik di New Zealand untuk bandar adventure yang terkenal adalah Taupo selain Rotorua.

Daripada ski atau snowboarding, jet boating, mountain biking atau pun jalan-jalan pusing town.

Dan ini adalah antara tempat yang korang MUST GO di Taupo for free.

 

  1. Huka Falls

Antara semua tempat travel di Taupo, Huka Falls adalah no 1 must go. Sebab nya, korang boleh lihat betapa lawanya color air biru clear crytal. Lawa giler. Air sungai yang super deras, di samping dapat tengok huka jetboot. Dan jika ada budget lebih, sangat digalakkan untuk cuba Hukafalls Jet atau Hukafalls River Cruise. Korang boleh drive sendiri ke sini (10 minit dari town) atau lagi best, sewa basikal dan ikut track mountain bike untuk ke Huka Falls.

 

  1. #LOVETAUPO

Tak lengkap la ke Taupo kalau tak bergambar depan sign #LOVETAUPO, betul tak? Sign ni terletak betul berhadapan Dominos Taupo. Yang paling best, sign ni berlatarkan view The Great Lake Taupo, tasik terbesar di NZ.

 

  1. Aratiatia Rapids

Apa ni? Aratiatia rapids terbentuk apabila pintu dam of Waikato river dibuka. Yang menarik nya, korang boleh tengok bagaimana arus air sungai aratiatia naik dengan cepat bila pintu dam dibuka. Best untuk buat timelapse. Kagum dan takut pun ada. Fakta menarik: arus deras yang terhasil ini pernah digunakan dalam filem famous iaitu The Hobbit, The Desolation of Smaug. Paling penting, dam ini tak dibuka setiap masa. Waktu summer dibuka pada jam 10am, 12pm, 2pm dan 4pm manakala winter pada jam 10am, 12pm dan 2pm. Pastka datang awal 30 minit untuk dapat kan the best spot.

 

4. Taupo Town

Destinasi terakhir tempat menarik di New Zealand ialah pekan taupo. Tak besar mana, 30minit ke 1jam dah habis pusing jalan kaki. Kalau tak da barang nak shopping, jangan lupa jalan sekitar tasik taupo. Oh, 1 lagi. Korang tau tak McDonalds di Taupo adalah The World Coolest McDonalds. Jadi jangan lupa bergambar depan dekat situ.